Pages

Friday, 20 July 2012

".Ramadhan."

...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mata aku masih lagi terbuntang luas waktu ini, jam ini, sebab tak boleh tidur gara-gara dah pun melelapkan mata sekejap petang tadi. Sekarang ni, amik! Payah nak tidur pulak. Ish! Ish!

Aku sebenarnya baru balik dari melepak dengan sahabat aku, Ikin a.k.a Mak Cik sebab nak memenuhi permintaannya yang teringin sangat nak ber'ChaTime' malam ni. Jadi, aku pun, turutkan ajelah. Memandangkan, aku pun teringin nak ber'McD' sangat, jadi, fair and square lah untuk kami berdua.

Pada mulanya, bukan kami berdua saja yang sepatutnya ber'ChaTime', tapi ada lagi dua sahabat yang lain, Alia dan Atie. Tapi, dah seorang terpaksa pergi 'birthday party' dan yang seorang lagi kerja 'over-time', nampak gayanya, memang aku dengan Ikin ajelah.

Dalam dok rancak melepak dan berborak, aku dengan Ikin tak tahu nak ke mana lagi lepas 'operasi' melepak selesai. Dalam hati aku adalah rasa dan teringin sesuatu, tapi segan nak buat permintaan dekat Ikin. Ya lah, aku pergi melepak pun, Ikin yang drive. Konon-konon aku sakit kaki dan tak boleh nak drive. Gitu!

Mak Nenek (aku): Mak Cik, teringinlah nak ke satu tempat..
Mak Cik: Nak gi mana? 
Mak Nenek: Segan.. (Sambil buat muka seposen)
Mak Cik: Cakaplah! Aku tampar kang!
Mak Nenek: Nak gi Masjid Wilayah. Boleh?
Mak Cik: Kau nak buat apa tengah-tengah malam gi sana? Isyak kt umah la.
Mak Nenek: Sesaje. Bukan.. Kita tengok keindahan masjid waktu malam. Lepas tu, tangkap gambar? (Ayat pancing)
Mak Cik: Ok je. Jom!

Apa lagi, berdesuplah kami berdua ke sana. Zoom!



Masjid Wilayah di waktu malam *Gelap sikit sebab camera tak canggih*


Sampai dekat Masjid Wilayah, tak sampai 5 minit pun, rasanya, dah pun kami tawaf keliling Masjid. Syukur! Apa lagi, berhentilah dekat satu tempat, nak tangkap gambarlah. Macam niat yang mula-mula.

Saat itu, aku mula rasa tersangat gembira, hati rasa tenang. Dapat melihat Masjid Wilayah yang cantik dan indah di waktu malam. Cuma, lampu-lampu di sekeliling masjid tak dinyalakan sebab adanya proses pembaik pulihan sedang dijalankan.

Dengan muka tak malu, aku bagi salam kepada pak cik 'guard' yang duduk di meja di Gate B. Minta izin nak tangkap gambar di kawasan luar masjid. Pak cik tu baik sangat! Dia benarkan tapi dengan syarat jangan sampai pukul 12 tengah malam. Hooreeyy! Aku happy sangat! Waktu tu, dengarlah Mak Cik cakap, 'Kau ni dah kenapa Imah? Gila ke apa happy semacam?'



Pintu untuk pergi menghadap-Nya


Saat kaki melangkah, tiba-tiba hati aku berasa tenang, syahdu dan sedih. Entahlah. Susah aku nak huraikan apa yang aku rasa dalam hati waktu itu. Mata tepat-tepat memandang kalimah Allah di atas kubah Masjid sewaktu aku masuk. Subhanallah! Nak menangis pun ada. Indah sungguh rumah Allah.

Ini bukan kali pertama aku datang ke Masjid Wilayah, rumah belakang Masjid Wilayah saja. Pertama kali aku datang dulu, aku masih lagi kecil dan budak yang berhingus lagi. Jadi, mungkin tak adalah perasaan yang aku rasa macam tu waktu kecil-kecil dulu. 


Allahuakbar! Indahnya rumahMu Ya Allah



Mimbar mengajak manusia ke arah kebaikan dan kebenaran


Malam ini, seluruh umat Islam menerima khabar gembira. Ya lah, petang tadi, dah pun tengok anak bulan. Jadi, dah memang sah Sabtu ini In Shaa Allah seluruh umat Islam akan memulakan berpuasa. Alhamdulillah! Ramadhan!

Jadi, keinginan aku untuk menjengah sebentar ke rumah Allah, Masjid Wilayah adalah bersangkut-paut dengan kehadiran bulan suci ini.

Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat sangat sebab, masih lagi diberi kehidupan, nafas, dan kesempatan untuk aku merasa sekali lagi nikmatnya Ramadhan. Dapatlah aku menunaikan ibadah puasa yang diwajibkan dalam Islam kepada yang telah pun baligh. Dan dapatlah juga untuk aku melaksanakan ibadah solat terawikh kepada Allah. Selain menambah amal-amal yang kurang.

Aku harap, In Shaa Allah aku dapat tunaikan ibadah solat terawikh di Masjid Wilayah. Selalunya, aku akan bersolat terawikh di surau di taman rumah aku aje. Sebab dekat dan dilakukan dengan 8 rakaat sahaja. Dekat Masjid Wilayah, 20 rakaat dan setiap surah yang dibaca, panjang-panjang. Eh? Malas sebenarnya. Eh?



Tiada Tuhan Selain Allah S.W.T



Permaidani indah sudah terbentang untuk manusia melakukan ibadah


Bercakap pasal bulan Ramadhan, kebiasaannya, bila munculnya Ramadhan, aku tidaklah ambil 'port' sangat sebab keluarga aku hanya menyambut kehadiran Ramadhan biasa-biasa sahaja. Tidaklah pula buat kenduri. Hurmm..

Kalau sebelum-sebelum ni, aku hanya rasa kehadiran Ramadhan itu hanyalah perkara biasa. Tiada yang 'luar biasa'. Err.. Faham tak? 

Maksud aku, kalau sekarang, aku berasa syahdu dan gembira yang amat sangat Ramadhan dah nak menjengah dalam hidup aku. Semangat untuk aku berpuasa, mengaji dan melakukan ibadah itu sangat tinggi.

Kalau dulu, cukup berpuasa, solat. Itu sahaja. Seperti kekurangan sesuatu. Ya, kekurangan sesuatu! 'Menikmati kehadiran Ramadhan: Beribadah, bersyukur' dll.

Dalam Ramadhan kali ini, aku nak sangat mengaji sambil membaca maksud-maksud ayat Al-quran yang aku baca. Kalau boleh, aku nak niyyah (niat) aku termakbul untuk habiskan bacaan Al-quran, khatam dalam bulan Ramadhan ni. In Shaa Allah. Tak mustahil untuk dibuat, semuanya bergantung kepada niat dan hati. 



Al-Quran itu pembimbing manusia, pegangan hidup


Seronok tau bila kita mengaji, sambil memahami maksud di setiap ayat Al-quran yang kita baca. Secara tak langsung, pembacaan kita lebih bermakna dan memahami wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W untuk disebarkan kepada umatnya, iaitu kitalah.

Alhamdulillah, aku dah pun memulakan membaca Al-quran sebelum bermula Ramadhan lagi. Aku akan pastikan setiap hari aku dapat membaca Al-quran. Paling tidak pun, satu muka surat pun jadilah. Supaya kita berasa dekat dengan Allah. In Shaa Allah.

Dulu, aku amalkan baca Al-quran waktu belajar, jadi, aku naklah teruskan amalan yang berikan manfaat dunia dan akhirat kepada aku tu. 

Sebenarnya, ada sesuatu yang aku rasakan dalam hati aku. Cuma, nak luahkan tu, memerlukan untuk aku menggunakan kata-kata yang sesuai. Agak lama jugalah untuk aku menafsir 'rasa' yang hadir dalam hati aku tu. Boleh dikatakan 'stress' jugaklah! 

Tak apa, mungkin korang tak faham. Nanti aku akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam entry lain. 

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana dengan rahmat dan limpahan dari Allah, aku dapat menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi.

Alhamdulillah, syukur!

'Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak!'


Nota kaki:
1. Aku tak menulis dalam English, sebab, aku tidaklah pandai sangat berbahasa Inggeris. Tapi memandangkan topik yang aku tulis kali ini, ia lebih kepada perlu untuk aku menghayatinya dengan hati dan rasa.
3.   Apa-apa pun, aku memang minat menulis dalam English untuk aku perbaiki BI aku selain, perbaiki penulisan aku.
4.   Aku hentikan menulis sebab, mata tetiba mengantuk. Zzzzzzz...
5.   Aku akan ceritakan pula tentang 'Hijrah Hati dan Diri' dalam entri lain.
6.   Eh, panjanglah entri aku kali ni? Ahaks!



No comments:

Post a Comment