Pages

Monday, 23 July 2012

".Dugaan Itu Hadiah Allah."

Assalammualaikum...





Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dah masuk hari ketiga, kita sebagai umat Islam dah pun menyambut hari Ramadhan dengan hati terbuka dan menerima kehadirannya dengan ikhlas.

Termasuk aku, aku bersyukur dan gembira sebab, dapat menunaikan ibadah wajib Islam ini walaupun kejap tadi 'red flag'. Benci!

But then, it's ok. Dah 'diberi' rezeki, terima ajelah. Hehe.

Ramai di kalangan kita gembira dengan kehadiran Ramadhan sebab kita berpeluang memberikan sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, ada juga niat-niat kecil yang kita sematkan dalam diri. Contoh; nak diet supaya baju raya nanti muat, jaga makanan, dan ada juga yang nak bedal semua makanan. Jadi, niat-niat semua ini, aku pun ada sematkan dalam diri.

Cuma, masih lagi jauh untuk buat keputusan atau 'conclusion' macam mana berkesannya Ramadhan untuk aku tahun ini.

Baru sahaja Ramadhan menjengah, aku diuji oleh Allah S.W.T dengan dugaan. Tak adalah dugaan berat mana. 

Alhamdulillah, kali ini, setiap kali datangnya dugaan, aku tak cepat untuk melatah apatah lagi nak meroyan sakan! Oops!

Berbeza dengan dulu, aku mudah untuk menjadi 'moody', 'down' atau menangis sebab masalah atau dugaan datang. Tapi tidak kali ini. Syukur sangat.

Puasa kedua, insan yang paling aku sayang, mak aku sakit. Kakinya membengkak dan tak boleh berjalan. Keadaan macam tu menyukarkan untuk mak aku bergerak dan buat segala tugasan harian yang dah biasa dia buat. Dengan umur mak yang dah pun menjangkau usia 69 tahun, tentulah bermacam-macam sakit yang datang.

Tambah lagi, dia batuk teruk, sakit kepala, badan bisa-bisa dan macam-macam lagi. Biasalah, keadaan orang tua. Jadi, aku yang anak bongsu ni, kenalah pikul tanggungjawab menjaga mak. Lagi-lagi mak yang sakit dan 'ke rumah sakit'.

Yang kedua, abang aku pun jatuh sakit. Tak tahulah kenapa, dia tak lalu makan, tak boleh berjalan, pening kepala, dan kadang-kadang terguling-guling menahan sakit. Angin tak usah cakaplah, atas bawah kiri kanan dia keluarkan.

Beza abang aku yang nombor 4 ni, badan dia kurus dengan kami adik-beradik yang lagi 7 orang ni. Dah lah kurus, bila dah sakit 'misteri' ni, lagi bertambah kurus. Umpama macam rangka hidup berjalan. Itu kakak aku yang cakap. Jadi, malam puasa kedua, aku memikul tanggungjawab untuk menghantar dia ke hospital pula. Ya lah, isterinya yang kecil molek tu, mana boleh bawak kereta.

Di hospital, tunggu lagi, sampaikan pukul 5 pagi. Hampir waktu sahur menunggu result dari doktor. Hati aku waktu tu, Alhamdulillah, masih lagi tenang. Walaupun fikiran berserabut memikirkan keadaan mak yang juga sakit.

Dekat hospital, aku tengok abang aku tu berjalan ke hulu ke hilir, mengikut je doktor ke mana-mana. Mula-mula, check tekanan darah. Lepas tu, kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pakar. Dah lepas jumpa selepas tunggu hampir 3 jam, doktor buat ujian bacaan jantung.

Tunggu lagi. Lepas sejam, doktor panggil untuk ambil darah, nak check pula darah. Dah lepas, doktor naik pening, bacaan jantung tak boleh dibaca. Allah! Dah kenapa? 

Doktor pun dah pening, akhirnya, doktor suruh badan abang aku dimasukkan air. Tunggu lagi berapa jam, nak tak nak, aku kena balik rumah juga. Sebab nak prepare sahur untuk anak-anak buah dekat rumah pula. Kakak aku mem'busy'kan diri ke pasar borong. 

Dah dekat subuh, barulah dapat panggilan dari kakak, abang aku masih lagi di hospital. Masih lagi tunggu rawatan.

Masa tu, aku hanya mampu berdoa, semoga Tuhan permudahkan segalanya untuk abang aku, termasuklah mak aku yang tengah terlantar sakit. 

Tak duduk diam lepas tu, dapat pula berita abang aku lagi seorang accident masa on the way balik dari rumah mak mertua dia. Ait? Apakah ini? Dugaan lagi! Allah!

Tak apa. Tak apa. Aku boleh 'cool' lagi. Hebat tak? Ahaks! Padahal dalam hati, tak keruan nak cakap apa. Sebab kereta yang accident tu, kereta yang aku pakai untuk pergi kerja. Jadi, sekarang aku patah kakilah! Nak pergi kerja guna kereta mana? Adoi!

NI YANG BUAT AKU NAK BELI KERETA SENDIRI SEKARANG! HEH?

Dan-dan tu juga, aku terpaksa message kawan office, aku terpaksa ambil EL (Emergency Leave) esok. 

Dan-dan tu juga dan juga, aku message juga boss ckp perkara yang sama.

Aduhai! Nampaknya, aku tewas kali ini sebab tak dapat nak 'handle' masalah peribadi supaya jangan mengganggu kerja aku. Aku ni, sememangnya seorang yang tak suka campur-adukkan hal-hal personal dengan kerja. KECUALI? Kalau ada yang melakukan provokasi! Eh? Apa kena-mengena ye?

Jadi, dengan dugaan yang Allah datangkan kepada aku di bulan mulia ni, aku tak melihat itu sebagai dugaan. Sebaliknya, ia adalah hadiah atau anugerah yang Allah kurniakan untuk aku supaya aku beringat dan pertingkatkan kesabaran aku.

Alhamdulillah lagi, aku berjaya harungi walaupun keadaan ini pernah terjadi di bulan Ramadhan tahun lepas. Tak apa, aku terima. Terima kasih Allah.

Orang-orang yang diberi dugaan atau hadiah oleh Allah adalah golongan yang Allah sayangkan? Tepuk dada, tanya hati. 

Jadi, aku tak akan berhenti berdoa supaya Allah sentiasa tetapkan hati aku untuk sentiasa bersabar dan kuat menempuhi segala ujian yang Dia berikan. In Shaa Allah!

Bagi aku, tiada tempat yang lebih bermakna untuk aku mengadu selain kepada Allah. So, just smile peeps! Allah is always with us, no matter what happened in our life! SMILE!




Nota kaki:
1. Alhamdulillah, keadaan mak dan abang sedikit OK.
2. Iftar bersama keluarga yang ramai sesuatu yang menyeronokkan dan gembira.
3. Puasa kali ini alhamdulillah, tidak mendatangkan rasa penat kepada aku. 
4. Membaca Al-Quran setiap kali punyai masa terluang itu terlalu menenangkan hati. 

No comments:

Post a Comment