Pages

Wednesday, 12 September 2012

".Ubat tenang hati."

Kalau hati kita sentiasa tidak tenang, gundah-gulana, acap kali berasa sunyi dan sedih, kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar.

Manusia masih punyai Tuhan untuk bersandar dan mengabdikan diri.

Masih punyai agama untuk bergantung harap.

Dan juga masih punya iman untuk terus kuat dari goyah dan rapuh.

Kalau sehari kita tidak ingat kepada Allah S.W.T., sehari jugalah hati kita tidak tenang. Kalau berhari-hari?

Tuhan tidak pernah meletakkan syarat untuk kita sentiasa ingat dan beriman kepada-Nya.

Sekotor mana manusia itu, Tuhan pasti akan menerima diri kita seadanya.

In Shaa Allah.

Sunday, 9 September 2012

".Pasti Atau Tidak Pasti."

Ketika jari gigih mengetuk papan huruf.
Hati berada dalam tahap yang tidak terurus. 

Pasti.
Atau..
Tidak pasti.

Soalannya sudah lama dilontarkan sejak bertahun-tahun dahulu.
Cuma, hati dan fikiran masih lagi kematu.

Kalau permulaan semangatnya memburu.
Tapi kini diam membisu.

Cahaya sudah tekerlip menuju,
Namun persoalannya mulai diburu.

Teruskan.
Atau...
Padamkan.

Itu yang tidak pasti.
Mencari jalan yang punya teguh berdiri.

Pernah dahulu anggapannya tidak tercapai.
Penat lelah sanggup digapai.

Saat terkelip punah menggila.
Bangun cuba untuk memula.

Sekali lagi pertanyaan.
Padamkan...
Teruskan...
Atau...
Biarkan...

Itu yang masih tidak pasti.





Nota kaki:
1. Badan bukan di tahap adrenalin yang memuncak.
2. Otak serabut dengan segala bahan.
3. Masih mengumpul kekuatan dan keyakinan teruskan hidup.


Sunday, 5 August 2012

".Hari Lahir Emak."

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk hari yang ke-15 semua umat Islam berpuasa.

Dan Alhamdulillah juga, aku dan keluarga masih lagi berkesempatan untuk meraikan kemuliaan bulan Ramadhan.

Aku suka sangat! Sebab, masih lagi tak rasa letih untuk berpuasa. Ibaratnya, puasa yang tak makan sehari bagi aku macam perkara biasalah! Faham tak? Ok, unsur-unsure kebelagakan ya di situ.

Syukur!

Jumaat lepas, 3 Ogos adalah tarikh yang sangat menggembirakan aku.

Sebab, Mommy's birthday! Yeay!

Jadi, hari ini, aku dan adik-beradin dan saudara-mara lain buat 'surprise' untuk mak.

Cucu saudara mak belikan kek untuk Mak Tok! Suk! (Akulah paling suka!)

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan kami dapat sambut hari lahir mak yang ke-69.

Bagi aku, jasa mak jauh tak terkira sejak dia lahirkan aku. Maklah yang besarkan aku seorang diri tanpa suaminya di sisi. Banyak sangat jasa yang mak taburkan untuk aku! Banyak!

Kalau aku cerita, memang tak habis tiga hari tiga malam. Haish! Nak nak bercerita nanti, air mataku jatuh berguguran. Hamik!

Anyway, aku dan segala cousins happy hari ni! Dahlah makan banyak, sumbat lagi kek yang tinggi kalori. Bertambahlah berat badan ni. Tak apa, demi mak! Hehe.

Mak, I love you forever! Forever! Thanks for everything mak.




Wednesday, 1 August 2012

".Teman-temanku."

Di sini, aku kongsikan teman-teman aku waktu belajar dulu sehinggalah masih lagi berkawan sekarang.

Masing-masing dah pun ada kerjaya sendiri. Tahniah! Love you guys!

Nota kaki:
1. Mereka semua adalah orang yang pernah aku kerja bersama dalam kumpulan.
2. Pernah bergaduh, tp profesional punya!
3. Maki antara kami perkara biasa.
4. Mereka sgt FUN!

Friday, 27 July 2012

".Dugaan Bhg. 2."

Wah! Ada sambungan dugaan ye? (Gelak sikit je)

Hari ini, Allah S.W.T menguji kekuatan dan kesabaran aku sekali lagi. Waktu tengah hari aku bekerja tadi, mak tiba-tiba call menangis.

"Imah, kot accident!,"

Aku terkejut! Dalam hati, jantung berdegup laju tak hengat! Cuak, nak menangis pun ada. Terus aku kemas beg, call boss cakap nak mintak izim, nak balik awal.

Satu perkata yang aku tak suka, aku dah mengacau kerja aku. Minggu ni je, dah macam-macam jadi dan aku punye kerja pun tak konsisten da. Aku pun risau, prestasi kerja nanti merundum! Haish! Not good!

Okay, sambung balik cerita accident. Abang aku yang accident ialah abang aku yang sakit hari tu. Dia keluar rumah naik motor, nak pergi beli barang masak untuk buat kebab berbuka puasa nanti. Tapi, semuanya perancangan Allah. Dalam perjalan balik, dia accident. Allahuakbar..

Masa aku drive, memang otak ligat berfikir. Macam-macam yang datang. Dengar suara mak yang menangis tu, memang aku tak boleh langsung!

Sampai rumah, aku tanya sikit, mak da nangis (aku pun bergenang sikit).

Tak apa, aku diam. Tak lama lepas tu, abang aku seorang lagi balik, yang pergi tengok abang aku accident tu dia buka pagar dan pintu seluas-luasnya. Dia buka pintu kereta, sekali dia angkut abang aku yang kurus kering tu keluar dari kereta.

Ya Allah! Berbalut sana sini! Sedih.. Dah la berbalut, darah tak payah cakap. T_T

Disebabkan accident tu, habis rabik, calar luka bagai kulit abang aku. Kaki belah kanan bengkok, means tak boleh lipat, berbalut juga. Tangan dan tapak tangan berbalut penuh. Dahi penuh darah. Bahagian dada, penuh dengan luka. Isi bahagian siku dah hilang. Ya Allah..

Yang sedih, dia nak baring sendiri pun tak boleh. Kakak aku terpaksa gunting baju dan jaket kesayangan dia sebab dah tak boleh langsung nak buka baju macam biasa. Aku tengok mak, mata dia dah bergenang dah.

Dan di saat itu juga, mak menerima panggilan mengejut.

"Innalillah.. Bila?!"

Aku cuak! Dapat berita sedih, mak cik aku meninggal dunia. Mak Su Tun yang duduk dekat Batu Cave. Meninggal dunia jam 3 petang. Satu berita sedih.

Mak menangis lagi.

Dia tengok anak lelaki dia, dia senyap.

Walaupun dia senyap, aku tahu hati dia tak tenteram dan sedih. Mak kan. Abang aku pula, kerap mengadu sakit dan menggigil.

Kesian aku tengok isteri dia, kakak ipar aku. Tak tahulah nak cakap apa.

Mulalah masa aku menjadi sibuk, perlu ke farmasi, handle stuff for my mother and brother. Kerja? Ya, kerja aku tergendala. Bersalah sangat aku rasa pada boss.

Macam mana jadi pun, aku bersyukur, walaupun abang aku accident terun, mak dalam keadaan yang tak berapa elok, dapat pula berita mak cik meninggal dunia, aku bersyukur, aku masih lagi kuat untuk tempuh semuanya.

Tempuh! Tempuh! Tempuh!






Nota kaki:

1. Gambar yang aku letak untuk tangan yang berbalut tu, itulah gambar aku rasa okay di antara yang lain. Gambar lain, ngeri kot?
2. Motor yang dilanggar adalah motor Ex5 yang selalu abang nombor 2 aku guna untuk ke pasar. Barai juga motor tu!
3. Malam tadi, beberapa orang yang tolong abang aku waktu accident tadi, datang rumah untul melawat. Terina kasih.
4. Thank you Allah.

Monday, 23 July 2012

".Juadah Berbuka."

Toink! Toink!

Okay, aku memang dah tak ada kerja selain update blog lagi. Tadi, entri panjang. Kali ini, aku nak letak gambar sahaja.

Ini antara juadah yang aku dan keluarga masak untuk berbuka.

Syukur Alhamdulillah, aku dan keluarga tinggal di negara Malaysia, yang masih aman, masih lagi ada bekalan makanan.

Tapi, keadaan yang hidup senang ini tak buatkan aku lupa diri untuk ingat orang-orang lain atau kaum Muslim yang hidup melarat di negara lain.

Ready? 3, 2, 1! Go!




Pemberi Tenaga



Siakap Bakar air tangan abang ipar



Telur Mata Lada Kicap Berbawang (Aku masak)



Kari Daging masakan Pak Ngah



Petai sebelum masak (Favorite Abang aku yang sakit)



Juadah wajib, Bubur Lambuk tradisi Ragayah, 
wajib dimasak setiap hari oleh Mak



Tengkuk Ayam Masak Kuning, air tangan Mak



Sambal Petai buatan kakak ipar



Kebab Daging air tangan abang aku yang gagah



Pari Bakar, dibakar oleh kakak aku. Sambal mantap!



Wajib; Tamar



Murtabak Daging, air tangan abang sulung



Ayam Bakar, buatan abang yang sakit



Pulut Seri Muka buatan mak sebelum sakit



Ayam Masak Asam Pedas Kedah (Air tangan aku)






Nota kaki:

1. Semuanya dimasak sendiri.
2. Yang pasti, juadah tak sempat disimpan untuk sahur.

".Dugaan Itu Hadiah Allah."

Assalammualaikum...





Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dah masuk hari ketiga, kita sebagai umat Islam dah pun menyambut hari Ramadhan dengan hati terbuka dan menerima kehadirannya dengan ikhlas.

Termasuk aku, aku bersyukur dan gembira sebab, dapat menunaikan ibadah wajib Islam ini walaupun kejap tadi 'red flag'. Benci!

But then, it's ok. Dah 'diberi' rezeki, terima ajelah. Hehe.

Ramai di kalangan kita gembira dengan kehadiran Ramadhan sebab kita berpeluang memberikan sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, ada juga niat-niat kecil yang kita sematkan dalam diri. Contoh; nak diet supaya baju raya nanti muat, jaga makanan, dan ada juga yang nak bedal semua makanan. Jadi, niat-niat semua ini, aku pun ada sematkan dalam diri.

Cuma, masih lagi jauh untuk buat keputusan atau 'conclusion' macam mana berkesannya Ramadhan untuk aku tahun ini.

Baru sahaja Ramadhan menjengah, aku diuji oleh Allah S.W.T dengan dugaan. Tak adalah dugaan berat mana. 

Alhamdulillah, kali ini, setiap kali datangnya dugaan, aku tak cepat untuk melatah apatah lagi nak meroyan sakan! Oops!

Berbeza dengan dulu, aku mudah untuk menjadi 'moody', 'down' atau menangis sebab masalah atau dugaan datang. Tapi tidak kali ini. Syukur sangat.

Puasa kedua, insan yang paling aku sayang, mak aku sakit. Kakinya membengkak dan tak boleh berjalan. Keadaan macam tu menyukarkan untuk mak aku bergerak dan buat segala tugasan harian yang dah biasa dia buat. Dengan umur mak yang dah pun menjangkau usia 69 tahun, tentulah bermacam-macam sakit yang datang.

Tambah lagi, dia batuk teruk, sakit kepala, badan bisa-bisa dan macam-macam lagi. Biasalah, keadaan orang tua. Jadi, aku yang anak bongsu ni, kenalah pikul tanggungjawab menjaga mak. Lagi-lagi mak yang sakit dan 'ke rumah sakit'.

Yang kedua, abang aku pun jatuh sakit. Tak tahulah kenapa, dia tak lalu makan, tak boleh berjalan, pening kepala, dan kadang-kadang terguling-guling menahan sakit. Angin tak usah cakaplah, atas bawah kiri kanan dia keluarkan.

Beza abang aku yang nombor 4 ni, badan dia kurus dengan kami adik-beradik yang lagi 7 orang ni. Dah lah kurus, bila dah sakit 'misteri' ni, lagi bertambah kurus. Umpama macam rangka hidup berjalan. Itu kakak aku yang cakap. Jadi, malam puasa kedua, aku memikul tanggungjawab untuk menghantar dia ke hospital pula. Ya lah, isterinya yang kecil molek tu, mana boleh bawak kereta.

Di hospital, tunggu lagi, sampaikan pukul 5 pagi. Hampir waktu sahur menunggu result dari doktor. Hati aku waktu tu, Alhamdulillah, masih lagi tenang. Walaupun fikiran berserabut memikirkan keadaan mak yang juga sakit.

Dekat hospital, aku tengok abang aku tu berjalan ke hulu ke hilir, mengikut je doktor ke mana-mana. Mula-mula, check tekanan darah. Lepas tu, kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pakar. Dah lepas jumpa selepas tunggu hampir 3 jam, doktor buat ujian bacaan jantung.

Tunggu lagi. Lepas sejam, doktor panggil untuk ambil darah, nak check pula darah. Dah lepas, doktor naik pening, bacaan jantung tak boleh dibaca. Allah! Dah kenapa? 

Doktor pun dah pening, akhirnya, doktor suruh badan abang aku dimasukkan air. Tunggu lagi berapa jam, nak tak nak, aku kena balik rumah juga. Sebab nak prepare sahur untuk anak-anak buah dekat rumah pula. Kakak aku mem'busy'kan diri ke pasar borong. 

Dah dekat subuh, barulah dapat panggilan dari kakak, abang aku masih lagi di hospital. Masih lagi tunggu rawatan.

Masa tu, aku hanya mampu berdoa, semoga Tuhan permudahkan segalanya untuk abang aku, termasuklah mak aku yang tengah terlantar sakit. 

Tak duduk diam lepas tu, dapat pula berita abang aku lagi seorang accident masa on the way balik dari rumah mak mertua dia. Ait? Apakah ini? Dugaan lagi! Allah!

Tak apa. Tak apa. Aku boleh 'cool' lagi. Hebat tak? Ahaks! Padahal dalam hati, tak keruan nak cakap apa. Sebab kereta yang accident tu, kereta yang aku pakai untuk pergi kerja. Jadi, sekarang aku patah kakilah! Nak pergi kerja guna kereta mana? Adoi!

NI YANG BUAT AKU NAK BELI KERETA SENDIRI SEKARANG! HEH?

Dan-dan tu juga, aku terpaksa message kawan office, aku terpaksa ambil EL (Emergency Leave) esok. 

Dan-dan tu juga dan juga, aku message juga boss ckp perkara yang sama.

Aduhai! Nampaknya, aku tewas kali ini sebab tak dapat nak 'handle' masalah peribadi supaya jangan mengganggu kerja aku. Aku ni, sememangnya seorang yang tak suka campur-adukkan hal-hal personal dengan kerja. KECUALI? Kalau ada yang melakukan provokasi! Eh? Apa kena-mengena ye?

Jadi, dengan dugaan yang Allah datangkan kepada aku di bulan mulia ni, aku tak melihat itu sebagai dugaan. Sebaliknya, ia adalah hadiah atau anugerah yang Allah kurniakan untuk aku supaya aku beringat dan pertingkatkan kesabaran aku.

Alhamdulillah lagi, aku berjaya harungi walaupun keadaan ini pernah terjadi di bulan Ramadhan tahun lepas. Tak apa, aku terima. Terima kasih Allah.

Orang-orang yang diberi dugaan atau hadiah oleh Allah adalah golongan yang Allah sayangkan? Tepuk dada, tanya hati. 

Jadi, aku tak akan berhenti berdoa supaya Allah sentiasa tetapkan hati aku untuk sentiasa bersabar dan kuat menempuhi segala ujian yang Dia berikan. In Shaa Allah!

Bagi aku, tiada tempat yang lebih bermakna untuk aku mengadu selain kepada Allah. So, just smile peeps! Allah is always with us, no matter what happened in our life! SMILE!




Nota kaki:
1. Alhamdulillah, keadaan mak dan abang sedikit OK.
2. Iftar bersama keluarga yang ramai sesuatu yang menyeronokkan dan gembira.
3. Puasa kali ini alhamdulillah, tidak mendatangkan rasa penat kepada aku. 
4. Membaca Al-Quran setiap kali punyai masa terluang itu terlalu menenangkan hati.