
".Permulaan." Ya. Itu satu perkataan yang sesuai untuk aku letakkan sebagai ucapan untuk aku mulakan entri diri sendiri (gelak kejap) di sini. Apa-apa pun, aku 'mencipta' entri penulisan ini lebih kepada untuk aku berkongsi apa-apa sahaja yang aku rasa perlu. Pandangan, gambar, malah apa sahaja ilmu mungkin akan aku garapkan di sini.
Malah, sebelum ini, otak dan fikiran aku sememangnya ingin 'gigih' menaip memandangkan aku sangat 'gila' dengan menulis. Alasan utama yang menghalang aku untuk teruskan niat menulis di entri blog, "tiada masa", "tak yakin", "ada orang nak baca?"
Bila difikirkan, kenapa perlu untuk aku letakkan satu garisan penghalang untuk teruskan minat? (ketuk kepala. Toink!) Sebab bagi diri aku, kenapa orang lain boleh buat, kenapa tidak aku? Jadi, tak salah untuk mencuba. Sekurang-kurangnya, dapat belajar perkara yang baru! Kan?
Lebih-lebih sekarang ini, sahabat aku, Mahafizah a.k.a 'Hot Mama' baru sahaja 'menjinakkan' diri dia dengan 'dunia' ini. Jadi, itu yang buatkan aku lebih semangat untuk mencuba!
Yang penting, USAHA dan YAKIN.
Selamat menjamu mata semua!
follow sheila blik..hu3
ReplyDelete:)